Monday, July 25, 2011

LAPORAN PROGRAM TAUTAN UKHWAH INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY SESI MEI 2011-OKTOBER 2011


PROGRAM TAUTAN UKHWAH INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

SESI MEI 2011-OKTOBER 2011


TARIKH: 03 JULAI 2011

LOKASI: PADANG RAGBI, UITM JOHOR

PENGANJUR: INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

FACULTY OF INFORMATION MANAGEMENT

UiTM SEGAMAT,JOHOR

PENGENALAN

Majlis tautan ukhwah ini adalah majlis yang dilakukan pada setiap semester oleh Information Management Society bertujuan untuk merapatkan hubungan pelajar-pelajar pengurusan maklumat yang baru dan yang lama. Selain itu majlis tautan ukhwah ini juga bertujuaan untuk merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar Pengurusan maklumat

dan tenaga pengajar Fakulti pengurusan maklumat melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Majlis ini dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa ‘Information Management Society’

LATAR BELAKANG

Tarikh: 03 JULAI 2011
Tempat: PADANG RAGBI, UiTM SEGAMAT,JOHOR

BILANGAN PESERTA

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah semua pelajar Pengurusan Maklumat daripada semester satu hingga enam dan semua Ahli jawatankuasa ‘Information Management Society’.Selain itu dijemput

tenaga pengajar Fakulti Pengurusan Maklumat untuk turut memeriahkan majlis.Diharapkan seramai 750 orang pelajar dan 21 orang pensyarah akan turut serta.Seramai lebih kurang 600 lebih orang pelajar dan 5 orang pensyarah yang telah hadir.

OBJEKTIF

· Merapatkan jurang antara barisan tenaga pengajar Fakulti Pengurusan Maklumat dengan pelajar-pelajar Pengurusan Maklumat

· Merapatkan silaturrahim antara pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dari semester satu hingga semester enam

· Memupuk semangat kesukanan dan berpasukan

· Melahirkan mahasiswa yang cergas, sihat dan produktif.

· Membentuk semangat setiakawan antara pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat.

· Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti

yang berfaedah setelah penat menimba ilmu ketika sesi kuliah.

· Memberi peluang kepada para pelajar Fakulti Pengajian Maklumat beramah mesra dengan para pensyarah.

· Membentuk platform perkongsian maklumat antara warga fakulti.


TENTATIF

8.00 am : Pendaftaran peserta dan para peserta mengambil tempat

8.15 am : Ketibaan para tetamu VIP

8.25 am : Pembacaan doa pembukaan majlis

8.30 am : Ucapan dan perasmian daripada ketua program

8.45 am : Acara Explorace bermula

12.00 pm : Rehat

2.00 pm : Sukaneka

4.30 pm : Acara tarik tali

5.30 pm : Penyampaian hadiah

6.00 pm : Majlis tamat


PENCAPAIAN AKTIVITI

Program ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara pensyarah, pelajar dan jawatankuasa Information Management Society.Program seperti ini akan diteruskan bagi merealisasikan ukhwah yang erat.

PENUTUP

Program ini dapat membantu merapatkan hubungan di antara pensyarah dan pelajar seterusnya

dapat memupuk nilai- nilai murni yang lain.Ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pensyarah, pelajar dan jawatankuasa yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung