Tuesday, January 3, 2012

LAPORAN CERAMAH: ‘KEKASIHKU DI MENARA’

LAPORAN CERAMAH: ‘KEKASIHKU DI MENARA’

INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

PENGENALAN

Ceramah ini adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan IMS bertujuan untuk meningkatkan semangat dan mendalami pemikiran pelajar-pelajar IM110 dalam mengenal pasti keistimewaan menjadi siswa/siswazah universiti. Selain itu, program ini adalah untuk menaikkan semangat belajar dalam kalangan pelajar dari aspek kedatangan kelas, kerjaya dan kursus ijazah yang boleh diambil selepas tamat kursus diploma. Program ini melibatkan semua pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat.

LATAR BELAKANG

TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 16 Disember 2011

Tempat: Lecturer Theater 1 (LT1)

Masa: 8.00 malam – 11.00 malam

BILANGAN PESERTA

Seramai 500 orang pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat telah menghadirkan diri dalam majlis ini.

MATLAMAT
1.
Menjadi platform bagi pelajar mengenal pasti keistimewaan menjadi siswa/siswazah di universiti.
2.
Membangkitkan kesedaran diri pelajar mengenai keunikan dan kehebatan belajar di universiti.
3.
Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya kursus Pengurusan Maklumat bagi menaikkan semangat belajar dalam kalangan pelajar.
4.
Membantu pelajar dalam memilih kerjaya dan kursus ijazah yang sesuai selepas menamatkan kursus dalam diploma.
5.
Membantu individu menganali personaliti diridan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
6.
Membentuk jati diri pelajar untuk lebih bertanguggjawab serta mengaplikasikan peranan sebagai pelajar universiti.


KAEDAH PELAKSANAAN

Maklumat disampaikan oleh penceramah. Terdapat juga penggunaan paparan skrin LCD dan projektor dalam memaparkan butir-butir majlis.

BAHAN/PERALATAN

1. Skrin LCD

2. Kerusi

3. Projektor

4. Pembesar Suara

TENTATIF PROGRAM

MASA

SESI

8.00 malam

Pendaftaran pelajar

8.40 malam

Ketibaan para pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat

8.45 malam

Bacaan doa dannyanyian lagu Negaraku, negeri Johor dan UiTM

9.00 malam

Ucapan Koordinator Program

9.15 malam

Ceramah ”Kekasihku di Menara”

11.30 malam

Minum malam & bersurai

SENARAI VIP

·

-En. Muhamad Ismail bin Pahmi
-Cik Rabiatul Adawiyah binti Kamarulzaman
-Muhd Asyraf bin Wahi Anuar
-Puan Nor Rashidah binti Mohamed

·

PENCAPAIAN AKTIVITI


Majlis ini dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat. Maka, majlis ini telah mencapai matlamatnya, iaitu meningkatkan mutu dalam diri setiap pelajar.

CADANGAN

Majlis ini perlu diteruskan bagi melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang berilmu dan cemerlang di masa hadapan.

PENUTUP
Majlis ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan dalam mempelajari kursus Pengurusan Maklumat dan menggalakkan pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat bersikap proaktif dalam menjalani hidup sebagai mahasiswa di universiti. Ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang bersama-sama dalam menjayakan majlis ini.

Disediakan oleh:

.......................................

(NAS ARWINA BT NASARUDIN)

Setiausaha

Information Management Society

UiTM Johor.

Disahkan oleh:

........................................

(MUHAMAD ISMAIL BIN PAHMI)

Penasihat

Information Management Society

UiTM Johor.