Friday, August 19, 2011

Laporan OPKIM

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT

JOHOR

INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY


TARIKH: 22-24 JULAI 2011

LOKASI: KAMPUNG TERIANG, ENDAU, MERSING

JOHOR

PENGANJUR: INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

TARIKH DISEDIAKAN: 5 OGOS 2011

INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN JOHOR

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT

INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

Pengenalan

Operasi khidmat masyarakat ini adalah antara aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan oleh pihak fakulti Information Management. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan jurang diantara pelajar UiTM dan penduduk kampung di Kampung Triang,Mersing, Johor. Selain itu, para pelajar akan menjalinkan hubungan kekeluargaan bersama penduduk di sana dan akan di uji dengan pelbagai aktiviti yang akan memupukkan semangat kerjasama, komunikasi, bekerjasama dalam mendorong masyarakat di sana untuk meningkatkan sikap suka membaca dan sikap saling membantu sesama mereka.

Latar Belakang


TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 22-24 JULAI 2011

Tempat: KAMPUNG TERIANG, ENDAU, MERSING, JOHOR

BILANGAN PESERTA

Seramai 56 orang pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat telah menyertai dalam kursus kepimpinan ini serta 2 pensyarah pengiring.

MATLAMAT

1. Memupuk semangat kerjasama diantara pelajar UiTM Segamat dengan penduduk kampung.

2. Memupuk semangat dalam meletakkan ilmu sebagai kepentingan dalam kehidupan.

3. Meningkatkan minat dalam membaca.

4. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan penduduk kampung untuk memlihara dan menyayangi alam sekitar.

5. Memberi keinsafan dan kepentingan kepada pelajar dan penduduk kampung untuk mengingati dan berkomunikasi dengan Allah

6. Menyemai sikap saling membantu golongan yang tidak berkemampuan disamping menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan pihak kampung.

7. Memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang segala adat dan adab ketimuran melayu.

KAEDAH PELAKSANAAN

Maklumat dan ceramah disampaikan oleh pensyarah fakulti pengurusan maklumat. Aktiviti dikelola bersama pihak JKKK KG.Teriang & Ahli Jawatankuasa IMS

BAHAN/PERALATAN

- Tiada

TENTATIF PROGRAM

- Seperti di Lampiran.

SENARAI PENCERAMAH

· En. Nor Ezan Bin Omar

· Pn Azura Bt Abd Jamil @ Kamarulzaman

· Ustz Kamarudin Bin Majid

PENCAPAIAN AKTIVITI

Operasi ini dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan keyakinan diri peserta dalam , para pelajar daripada jurusan Pengurusan Maklumat dan anak-anak kampung di Kg.Teriang, Endau, Mersing dapat didedahkan dengan pendekatan yang lebih efektif iaitu daripada aktiviti kekeluargaan yang dapat memupukkan jalinan ukhuwah sesama manusia. Selain itu, dengan aktiviti ini juga pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dan anak-anak daripada Kg.Teriang, Endau, Mersing dapat mengeratkan silturrahim sesama dan akan lahirnya sikap kesedaran yang tinggi dan jiwa positif dalam kehidupan masing- masing.

Operasi khidmat masyarakat n harus diteruskan kerana dengan aktiviti seperti ini peserta dapat didedahkan dengan pelbagai jenis kehidupan dan dapat menghormatinya secara sepatutnya.

PENUTUP

OPKIM ini membantu persatuan dengan memberi peluang kepada ahli persatuan menimba pelbagai pengalaman serta pembelajaran melalui pelbagai perspektif. Ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang bersama-sama dalam menjayakan operasi khidmat masayarakat ini.

LAMPIRAN 1:

TENTATIF PROGRAM

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT

22-24 JULAI 2011

TARIKH

MASA

SESI

22 Julai 2011

(Jumaat)

9.00 pagi

Bertolak ke Kampung Teriang, Endau Mersing

11.30 pagi

Makan Tengahari

Solat

3.00 petang

Dijangka Sampai Di Kg.Teriang Endau Mersing

Majlis Perasmian oleh Pemangku Ketua Kampung

Penyerahan Perserta Kepada Keluarga Angkat

5.00 petang

Lawatan ke Perindustrian Kampung

Riadah

7.00 petang

Solat Magrib Jemaah

Masjid Kg.Teriang

9.00 malam

Ceramah “Ketibaan Ramadhan”

Oleh Ustz Kamaruddin

23 Julai 2011

(Sabtu)

7.00 pagi- 12.00 tgh

1. Aktiviti Bersama Sekolah Rendah (SK KG TERIANG)

-Taklimat Pengurusan Perpustakaan oleh En.Nor Ezan

- Pupet Show

-Pertandingan Kolaj

-Sesi Bercerita kisah teladan

2.Aktiviti Bersama Sekolah Menengah(SMK UNGKU HUSIN)

-Taklimat “Mengubah Destini Anak Bangsa” Oleh Pn.Azura

-Pameran Fakulti Pengurusan Maklumat

12.00 – 5.00 ptg

Pulang ke rumah ke keluarga angkat

Aktiviti bersama keluarga angkat

5.00 – 7.00 mlm

Sukaneka

Bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

Penyampaian Hadiah Sukaneka

7.00 – 9.00 mlm

Makan Malam

Solat Magrib

Solat Insyak

9.00 – 11.00 mlm

Malam Kebudayaan

Dari Penduduk Kampung

Dari Peserta

Cabutan Bertuah

11.00 mlm

Bersurai

24 Julai 2011

(Ahad)

7.00 – 2.00 ptg

Aktiviti Bersama Keluarga Angkat

2.00 ptg

Majlis Penutupan

Penyerahan Cenderahati Kepada Pihak Kampung Teriang

Penyerahan Kembali Peserta Dari Keluarga Angkat

Kembali Ke UITM JOHOR

Lampiran 2:




































































































Disediakan oleh:

………………………………………………

(HETTY NUR ELYSNA BINTI MAZLAN)

NAIB KETUA PROJEK

OPERASI KHIDMAT MASAYARAKAT

Information Management Society

UiTM Johor.

Disahkan oleh:

…………………………………………………

(MUHAMAD ISMAIL BIN PAHMI)

Penasihat

Information Management Society

UiTM Johor.