Tuesday, July 31, 2012

PROGRAM RAUDHAH RAMADHAN


                                            

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM RAUDHAH RAMADHAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEGAMAT, JOHOR

AKTIVITI:
PROGRAM RAUDHAH RAMADHAN

TEMPAT:
MASJID AS-SYAKIRIN

TARIKH:
26 JULAI 2012

ANJURAN:
INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY (IMS) &
ISLAMIC SOCIETY OF UNITED TEENAGERS (IN-SOFT)

DENGAN KERJASAMA:
MASJID AS-SYAKIRIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEGAMAT, JOHOR
LAPORAN AKTIVITI
SESI JUN-NOV 2012
INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY & IN-SOFT
PENGENALAN
Program Raudhah Ramadhan adalah program kerohanian yang dianjurkan oleh Information Management Society (IMS) bersama Islamic Society of United Teenagers (IN-SOFT) bertujuan untuk meningkatkan mutu kerohanian dalam diri dari pelbagai aspek hidup setiap pelajar dan pensyarah UiTM Johor serta mengeratkan silaturrahim antara warga UiTM. Program ini akan dihadiri oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Suhaimi Bin Haron dan  Ir. Hj Abdul Manaf bin Ismail. Program ini akan dihadiri khususnya daripada para pelajar, pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat, ahli In-Soft dan seluruh pelajar UiTM Johor.

LATAR BELAKANG
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh: 26 julai 2012
Tempat: Masjid As-Syakirin
Masa: 7.00 petang – 11.30 malam

BILANGAN PESERTA
Seramai 500 orang pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat telah menghadirkan diri dalam majlis ini.

MATLAMAT
·        Meningkatkan kesedaran diri pelajar tentang kepentingan ingat dan komunikasi dengan Allah.
·        Mengalakkan pelajar untuk mengimarahkan rumah Allah bagi memakmurkannya.
·        Melakukan solat sunat secara berjemaah dan bacaan Yasin pelajar dan pensyarah.
·        Memberi peringatan kepada pelajar tentang kepentingan keseimbangan rohani dalam perjalanan menuju kejayaan.
·        Membuka jalan bagi pelajar untuk muhasabah diri.



KAEDAH PELAKSANAAN
Maklumat disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Suhaimi Bin Haron dan  Ir. Hj Abdul Manaf bin Ismail. Terdapat juga penggunaan paparan skrin LCD dan projektor dalam memaparkan butir-butir ceramah.

BAHAN/PERALATAN
1.      Skrin LCD
2.      Projektor
3.      Pembesar Suara/PA Sistem

TENTATIF PROGRAM
MASA
SESI
6.15 petang
Pendaftaran pelajar
7.00 petang
Ketibaan tetamu jemputan dan para pensyarah
7.25 petang
Solat maghrib berjemaah
7.45 petang
Tazkirah maghrib (aktiviti sendiri)
8.35 malam
Solat isyak berjemaah / Solat terawih
9.45 malam
Forum ”Universiti Ramadhan,Melahirkan Ijazah Taqwa” oleh
11.00 malam
Sesi soal jawab
11.15 malam
Pemberian cenderamata kepada penceramah jemputan dan sumbangan kepada Masjid As-Syakirin
11.30 malam
Jamuan makan/bersurai

SENARAI VIP
·        En Muhammad Ismail Bin Pahmi
·        Ir. Hj Abdul Manaf bin Ismail
·        Ustaz Suhaimi bin Haron




PENCAPAIAN AKTIVITI
Majlis ini dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat. Maka, majlis ini telah mencapai matlamatnya, iaitu meningkatkan mutu dalam diri setiap pelajar.
Implikasi Kewangan

Makanan
VIP                                                      20 orang x RM 7.00              RM    140.00
Pelajar                                                 700 orang x RM 5.00             RM   3500.00
Honorarium                                         2 orang x RM 100.00             RM    200.00
Banner                                                1 unit x RM 100.00                 RM    100.00
JUMLAH...........................................................................................RM   3940.00

CADANGAN
Majlis ini perlu diteruskan bagi melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang berilmu dan selaras dalam pembangunan insaniyah.
PENUTUP
Majlis ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keimanan kepada Allah seterusnya dapat memberi keazaman untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menghadapi peperiksaan. Ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang bersama-sama dalam menjayakan majlis ini.






LAMPIRAN:


Disediakan oleh:

..........................................
(MUHAMMAD AMIR BIN OSMAN)
Exco Kerohanian
Information Management Society
UiTM Johor

Disahkan oleh:

...........................................
(EN MUHAMMAD ISMAIL BIN PAHMI)
Penasihat
Information Management Society
UiTM Johor