Thursday, May 10, 2012

LAPORAN PROGRAM TA’RUF SATU IMS

LAPORAN PROGRAM TA’RUF SATU IMS
INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

PENGENALAN
Program Ta’ruf Satu IMS adalah program kerohanian yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Program Taaruf Satu IMS adalah program kerohanian yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat  bertujuan untuk meningkatkan mutu kerohanian dalam diri dari pelbagai aspek hidup setiap pelajar dan pensyarah UiTM Johor serta mengeratkan silaturrahim antara warga IMS. Program ini akan dihadiri oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Kamarudin bin Ibrahim. Program ini akan dihadiri khususnya kepada pelajar, pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat dan seluruh pelajar UiTM Johor.
LATAR BELAKANG
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh: 28 Februari 2012
Tempat: Masjid As-Syakirin
Masa: 7.00 petang – 11.30 malam

BILANGAN PESERTA
Seramai 200 orang pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat telah menghadirkan diri dalam majlis ini.

MATLAMAT
·         Meningkatkan kesedaran diri pelajar tentang kepentingan ingat dan komunikasi dengan Allah.
·         Mengalakkan pelajar untuk mengimarahkan rumah Allah bagi memakmurkannya.
·         Melakukan solat sunat secara berjemaah dan bacaan Yasin pelajar dan pensyarah.
·         Memberi peringatan kepada pelajar tentang kepentingan keseimbangan rohani dalam perjalanan menuju kejayaan.
·         Membuka jalan bagi pelajar untuk muhasabah diri.

KAEDAH PELAKSANAAN
Maklumat disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Kamarulzaman Bin Sulaiman. Terdapat juga penggunaan paparan skrin LCD dan projektor dalam memaparkan butir-butir ceramah.

BAHAN/PERALATAN
1.      Skrin LCD
2.      Projektor
3.      Pembesar Suara

TENTATIF PROGRAM
MASA
SESI
6.30 petang
Pendaftaran pelajar
7.00 petang
Ketibaan tetamu jemputan dan para pensyarah
7.25 petang
Solat maghrib berjemaah
7.45 petang
Tazkirah maghrib
8.35 malam
Solat isyak berjemaah
9.00 malam
Ceramah ”Persediaan Menghadapi Peperiksaan” oleh Ustaz Kamarulzaman Bin Sulaiman
10.50 malam
Pemberian cenderamata kepada penceramah jemputan dan sumbangan kepada Masjid As-Syakirin
11.00 malam
Jamuan makan
11.35 malam
Bersurai

SENARAI VIP
·         Ustaz Kamarulzaman Bin Sulaiman
·         En Muhammad Ismail Bin Pahmi
·         Puan Nurhidayah Bt Hashim

PENCAPAIAN AKTIVITI
Majlis ini dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat. Maka, majlis ini telah mencapai matlamatnya, iaitu meningkatkan mutu dalam diri setiap pelajar.
Implikasi Kewangan

Makanan
VIP                                                                  6 orang x RM 7.00                RM   42.00
Pelajar                                                              600 orang x RM 2.00            RM1200.00
Honorarium                                                    1 orang x RM 150.00             RM  150.00
JUMLAH.......................................................................................................RM1392

CADANGAN
Majlis ini perlu diteruskan bagi melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang berilmu dan selaras dalam pembangunan insaniyah.
PENUTUP
Majlis ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keimanan kepada Allah seterusnya dapat memberi keazaman untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menghadapi peperiksaan. Ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang bersama-sama dalam menjayakan majlis ini.
LAMPIRAN:


Disediakan oleh:

..........................................
(SITI FAIRUZ BT JOHARY)
Setiausaha
Information Management Society
UiTM Johor

Disahkan oleh:

...........................................
(EN MUHAMMAD ISMAIL BIN PAHMI)
Penasihat
Information Management Society
UiTM Johor