Thursday, July 15, 2010

Program Taaruf Satu IMS



PROGRAM TAARUF SATU IMS

(PROTASA)


TARIKH: 12 APRIL 2010

LOKASI: MASJID AS-SYAKIRIN, UITM JOHOR

PENGANJUR: INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

TARIKH DISEDIAKAN: 15 APRIL 2010

INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN JOHOR


LAPORAN PROGRAM TAARUF SATU IMS

INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY


PENGENALAN

Program Taaruf Satu IMS merupakan satu bentuk program kerohanian yang melibatkan pelajar semester satu hingga enam jurusan Diploma Pengurusan Maklumat serta para pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu kerohanian dalam diri setiap pelajar dan pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat UiTM Johor.

LATAR BELAKANG

TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 12 April 2010

Tempat: Masjid As-Syakirin, UiTM Johor

Masa: 6.30 petang – 10.45 malam

BILANGAN PESERTA

Seramai 270 orang pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat telah menghadirkan diri dalam majlis ini.

MATLAMAT

  • Meningkatkan kesedaran diri pelajar Diploma Pengurusan Maklumat tentang kepentingan ingat dan komunikasi dengan Allah.
  • Mengalakkan pelajar Diploma Pengurusan Maklumat untuk menghadirkan diri ke rumah Allah bagi memakmurkannya.
  • Melakukan solat sunat secara berjemaah dan bacaan Yasin pelajar dan pensyarah Diploma Pengurusan Maklumat.
  • Memberi peringatan kepada pelajar Diploma Pengurusan Maklumat tentang kepentingan keseimbangan rohani dalam perjalanan menuju kejayaan.
  • Membuka jalan bagi pelajar Diploma Pengurusan Maklumat untuk muhasabah diri.


KAEDAH PELAKSANAAN

Maklumat disampaikan oleh penceramah jemputan . Terdapat juga penggunaan paparan skrin LCD dan projektor dalam memaparkan butir-butir majlis.


BAHAN/PERALATAN

  1. Skrin LCD
  2. Projektor
  3. Pembesar Suara

TENTATIF PROGRAM

MASA

SESI

6.30 petang

Pendaftaran pelajar

7.20 petang

Tetamu jemputan hadir

7.30 petang

Solat Maghrib

8.05 malam

Tazkirah masjid

8.20 malam

Solat Isyak, Solat Hajat dan Bacaan Yassin

9.00 malam

Ceramah dari Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Bin Haji Ibrahim

10.45 malam

Penyampaian cenderamata, jamuan makan dan bersurai


SENARAI VIP

  • Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Bin Haji Ibrahim
  • En. Abdul Razak Bin Abu
  • Nor Diana Bte Abd. Rahman
  • Nor Ezan Bin Omar
  • Nor Rashidah Bte Mohamed
  • Siti Nuur-Ila Binti Mat Kamal
  • Suhaila Bt Osman
  • En. Muhamad Ismail Bin Pahmi


PENCAPAIAN AKTIVITI

Majlis ini dapat dijayakan dengan baik serta dapat meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat. Maka, majlis ini telah mencapai matlamatnya, iaitu meningkatkan mutu dalam diri setiap pelajar.


CADANGAN

Majlis ini perlu diteruskan bagi melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang berilmu dan selaras dalam pembangunan insaniyah.


PENUTUP

Majlis ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keimanan kepada Allah seterusnya dapat memberi keazaman untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menghadapi peperiksaan. Ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang bersama-sama dalam menjayakan majlis ini.

Disediakan oleh:

NURHAZWANI BINTI MOHAMMAD ARIF

Setiausaha,

Information Management Society

UiTM Johor.

Yang berusaha:

EN. MUHAMMAD ISMAIL BIN PAHMI



Disediakan oleh:


NURHAZWANI BINTI MOHAMMAD ARIF

Setiausaha,

Information Management Society

UiTM Johor.


Yang Berusaha,


EN. MUHAMAD ISMAIL BIN PAHMI

Penasihat,

Information Management Society,

UiTM Johor.



tutu

No comments:

Post a Comment