Thursday, August 16, 2012

Sinar Mahabbah IMS


                                          

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM SINAR MAHABBAH IMS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEGAMAT, JOHOR

AKTIVITI:
PROGRAM SINAR MAHABBAH IMS

TEMPAT:
RUMAH ANAK YATIM BARKAT , BUKIT CAGAR

TARIKH:
10 & 11 OGOS 2012

ANJURAN:
INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY (IMS)

DENGAN KERJASAMA:
RUMAH ANAK YATIM BARKAT,
BUKIT CAGAR,
JOHOR BHARU
LAPORAN AKTIVITI
SESI JUN-NOV 2012
INFORMATION MANAGEMENT SOCIETY & IN-SOFT
PENGENALAN
Information Management Society (IMS) telah mengadakan Program Sinar Mahabbah IMS yang berlangsung selama dua hari. Majlis ini bertujuan bagi merapatkan silaturahim antara ahli information management sesama pelajar termasuk pensyarah dengan masyarakat.Kami telah memilih aktiviti kemasyarakat bersama pelajar dan kakitangan Rumah Anak Yatim Barkat, Bukit Cagar.

LATAR BELAKANG
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh: 10-11 Ogos 2012
Tempat: Rumah Anak Yatim Barkat, Bukit Cagar.

BILANGAN PESERTA
Seramai 60 orang pelajar dan 2 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat telah menyertai Program Sinar Mahabbah IMS  ini.


MATLAMAT
1)     Memupuk semangat kerjasama diantara pelajar UiTM Segamat dengan kakitangan dan para penghuni di Asrama Damai Kuang. Memupuk semangat dalam meletakkan ilmu sebagai kepentingan dalam kehidupan.
2)     Memberi kesedaran kepada para pelajar supaya mensyukuri kesihatan yang di beri oleh Allah.
3)     Memberi keinsafan dan kepentingan kepada pelajar dan para anak yatim  untuk mengingati dan berkomunikasi dengan Allah
4)     Menyemai sikap saling membantu golongan yang tidak berkemampuan disamping menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan pihak rumah anak yatim.
5)     Menyuntik semangat dan kesedaran untuk mencapai kejayaan dan seterusnya melangkah ke menara gading dalam kalangan para peserta program.

KAEDAH PELAKSANAAN
Majlis ini dilaksanakan kerjasama antara pelajar dan 2 orang penasihat daripada Information Management Society

BAHAN/PERALATAN
1.      Skrin LCD
2.      Projektor
3.      Pembesar Suara/PA Sistem
TENTATIF PROGRAM

JUMAAT (10 OGOS 2012)
MASA
SESI
03:00 pm
Bertolak daripada UiTM
06:00 pm
Ketibaan pelajar IM 110
Persiapan diri
07:00 pm
Berbuka puasa bersama anak yatim
Solat Maghrib & Terawih di Masjid Al-Ansar
10:00 pm
Sesi suai kenal bersama anak yatim
”Sedetik Lebih”
11:30 pm
Tidur




SABTU (11 OGOS 2012)
MASA
SESI
02:30 am
Qiamulail bersama anak-anak yatim
Gotong-royong memasak (menyediakan juadah sahur)
Pembahagian kerja memasak
04:20 am
Hidangan makanan bersahur
04:30 am
Bersahur bersama anak-anak yatim
05:00 am
Gotong-royong mengemas
Budaya Quran
05:45 am
Subuh
06:00 am
Kuliah Subuh (oleh : Ustaz Ahmad Faisal bin Osman)
07:00 am
Majlis Penyampaian Hadiah & Penutupan
07:30 am
Pulang ke UiTM





SENARAI VIP
·        En Muhammad Ismail Bin Pahmi
·        Cik Siti Nuur-Ila binti Mat Kamal
·        Ustaz Ahmad Faisal bin Osman
PENCAPAIAN AKTIVITI
Program Sinar Mahabbah IMS ini berjaya merapatkan jurang antara pelajar Information Management daripada kalangan junior dan senior serta pensyarah dengan masyarakat iaitu penghuni dan kakitangan Rumah Anak Yatim , Bukit Cagar. Melalui program ini mereka lebih mengenali antara satu sama lain seterusnya bertambah hormat sesama mereka.


Implikasi Kewangan

BIL
BUTIRAN PERBELANJAAN
JUMLAH
JUMLAH

1.
MAKANAN PELAJAR
SAHUR
BERBUKA

60 org X RM 5 X 1 hari
60 org X RM 6 X 1 hari

RM 300
RM 360
2.
PUBLISITI
-Banting

RM 120

RM 120
3.
CENDERAMATA
- Pihak Rumah Anak Yatim

1 X RM 50


RM 50

4.
PERCETAKAN
- Brochures / Pamphlet
-Laporan


RM 30

RM 30
5.
PERALATAN / KEPERLUAN PROGRAM
RM 2 X 60 ORG
RM 120
7
HONORIUM
Ustaz Ahmad Faizal bin Osman

RM 80 X 2 jam


RM 160

JUMLAH

RM 1140

CADANGAN
Program seperti ini perlu diteruskan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pelajar dan pensyarah dalam membuat kerja amal untuk golongan yang kurang bernasib baik.Ianya adalah bertujuan untuk kita sentiasa mengambil berat tentang keadaan sekeliling. Dalam program seperti ini, mereka dapat lebih mengenali ahli keluarga society mereka sendiri dengan lebih baik.
PENUTUP
Program Sinar Mahabbah IMS ini berjalan dengan baik dan dapat merapatkan hubungan sesama insani. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama para pensyarah dan pihak Rumah Anak Yatim Barkat.

LAMPIRAN:


Disediakan oleh:

..........................................
(SITI NORLISA BINTI MOHD KAMSAH)
Exco Perhubungan & Kebajikan
Information Management Society
UiTM Johor

Disahkan oleh:

...........................................
(EN MUHAMMAD ISMAIL BIN PAHMI)
Penasihat
Information Management Society
UiTM Johor


No comments:

Post a Comment